Friday, October 30, 2009

Sekapur Sireh

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kami dapat menyelesaikan Projek Akhir untuk subjek Robotik & Automasi (MTA 1013) dengan jayanya. Kami ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk kami menyelesaikan projek ini, khususnya kepada Encik Abd Samad bin Hanif yang merupakan pensyarah bagi subjek ini. Beliau sentiasa memberi tunjuk ajar dan dorongan bagi menyiapkan projek ini dengan sempurnai. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu untuk menyiapkan projek ini. Sesungguhnya, projek ini telah mempertingkatkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat memperkembangkan idea kreatif dan kritis pelajar.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, October 28, 2009

Objektif Projek

  • Dapat menghasilkan suis wayarles yang boleh mengawal tutup / buka lampu.
  • Menggantikan kaedah tradisional yang selalu digunakan seperti tutup dan buka suis di suis utama sahaja.
  • Membantu dan memudahkan golongan kurang upaya untuk menutup dan membuka suis lampu tanpa perlu bergerak ke suis utama.

Pernyataan Masalah

1) Golongan kurang upaya sukar mengawal suis.
  • Bagi golongan yang kurang upaya seperti orang tua dan yang tidak boleh bergerak, mereka mengalami kesukaran untuk menutup dan membuka suis lampu. Dengan terciptanya ’Simple Wayarless Switch’ ini, sekaligus memudahkan mereka untuk mengawal suis walaupun dalam keadaan terbaring kerana suis ini hanya perlu ditekan sahaja dan boleh diletakkan di mana sahaja.

2) Membazir tenaga elektrik.

  • Bagi mereka yang berada pada jarak yang jauh dari suis, mereka mengambil masa untuk kembali ke suis samada untuk menutup atau membuka suis lampu. Ini secara tidak langsung, akan membazir tenaga elektrik.


3) Suis biasanya diletakkan pada kedudukan yang tinggi.

  • Kebanyakan suis diletakkan di kedudukan yang tinggi ataupun setara dengan ketinggian orang dewasa. Bagi mereka yang lebih rendah daripada ketinggian orang dewasa, ini akan menyukarkan mereka dan memerlukan bantuan alatan yang lain untuk membuka dan menutup suis.

Senarai Bahan dan Kos

Dibawah merupakan bahan serta kos yang telah digunakan bagi menghasilkan 'Simple Wireless Switch'

1) Bahan yang dibeli untuk menghasilkan projek ini adalah seperti di bawah.
  • Wayar (RM 5.00)
  • Mentol Lampu (RM 4.00)
  • Soket Mentol Lampu (RM 2.00)
  • Kepala Plug (RM 3.00)
  • Skru dan nut (RM 4.00)
  • PP Colour Corrugated Board (RM 2.90)
  • Suis (RM 8.00)
  • Bateri Sel Kering (RM 7.00)
  • Timah (RM 2.00)
  • Loytape & Double Tape (RM 3.00)
2 ) Bahan yang telah diguna pakai adalah seperti di bawah.
  • Pemutar Skru dan gunting ( Barang Persendirian)
3) Bahan yang dipinjam adalah seperti di bawah.
  • Solder dan Sucker ( Bengkel Robotik)



4 ) Bahan elektronik yang dibeli adalah seperti dibawah.

1. Capasitor
2. Wire
3. IC Socket 20 pin
4. Resistor
5. Crystal HC 49/0
6. Single Relay

7. Push On/Off Switch

8. LED
8. Stripboard (Small)

Penghasilan Prototaip

1) Potong polisterin untuk dibuat plug mengikut saiz yang sesuai iaitu 11 cm(panjang) dan 7 cm (lebar).

2) Kemudian, lekatkan plug di atas polisterin dan balut plug dan polisterin tadi.


3) Potong polisterin untuk dijadikan sebagai bekas suis dengan saiz 9cm(panjang) dan 5cm (lebar).

4) Lekatkan suis di atas polisterin.

5) Pasangkan suis lampu pada polisterin plug yang telah siap dibina.

Menghasilkan bekas ’Simple Wireless Switch’

1) Lekatkan lampu, plug dan litar untuk lampu pada bahagian atas ’Corrugated Board’.
2) Potong ’Corrugated Board’ kepada 1 bahagian untuk dijadikan belakang bekas yang bersaiz 20cm (lebar) dan 30 cm (panjang) dan 2 bahagian lagi untuk dijadikan sebagai sisi bekas yang mempunyai saiz 15cm(lebar) dan 20cm (panjang).
3) Lekatkan bahagian sisi dengan bahagian belakang bekas menggunakan ’double tape’.


4) Untuk bahagian atas bekas, potong plastik lutsinar dengan ukuran iaitu 20cm (lebar) dan 30cm (panjang dan tampalkan plastik lutsinar dengan bekas yang telah siap ditampal.

Penyambungan Litar

Penyambungan Litar Lampu

1) Pertama, pateri komponen-komponen seperti relay, perintang, wireless sensor,LED, perintang pengawal kecerahan lampu, transistor, crystal di atas papan litar.

2) Gunakan ‘sucker’ untuk menyedut cebisan timah yang berlebihan di atas papan litar.

3) Kemudian, pasangkan papan litar di atas Corrugated Board.


4) Sambungkan wayar dari papan litar ke plug. Gunakan pemacu skru yang bersesuaian untuk mengetatkan nut.
5) Pasangkan mentol lampu pada soketnya dengan betul.


6. Sambungkan plug dari papan litar kepada plug yang disambungkan kepada lampu.

7) Hasilnya ditunjukkan seperti dalam gambarajah di bawah.


Penyambungan litar suis wayarles


1) Pertama, pateri komponen-komponen seperti perintang, transistor, bateri, kapasitor, crystal di atas papan litar.


2. Pasangkan penutup bateri pada Corrugated Board.


3) Selepas itu, pasangkan litar yang telah siap dipasang pada Corrugated Board.

Pembangunan Dalam Perisian AutoCAD

Selain membangunkan Simple Wireless Switch dalam bentuk nyata kami juga membangunkannya dalam bentuk maya yang boleh dipandang dengan menggunakan 3 pandangan iaitu pandangan hadapan, pandangan sisi dan pandangan atas.


a) Pandangan Hadapan

b) Pandangan Atas

c) Pandangan Sisi

d) Pandangan 3D

Contoh Kegunaan

Projek yang dibangunkan ini memudahkan pengguna untuk mengawal suis lampu samada ingin menutup atau memasang lampu tertentu. Contoh kegunaan yang biasa dilihat adalah seperti di bangunan-bangunan, kedai-kedai, rumah persendirian dan sebagainya. Pengguna boleh berada di mana-mana sahaja yang melangkaui jarak dalam 60 kaki dan boleh mengawal suis lampu dengan menekan pada suis wayarles yang telah disediakan. Ini dapat memudahkan pengguna untuk mengawal dan tidak perlu bergerak ke tempat suis sepeti yang biasa dilakukan.

Simple Wireless Switch

Contoh Kegunaan

Cara Penggunaan

Simple Wireless Switch ini menggunakan teknologi wayarles dimana ia boleh mengawal penggunaan elektrik (lampu) dari mana-mana tempat di dalam rumah dengan mudah. Ia mudah untuk digunakan dan senang untuk dipasang. Berikut merupakan cara penggunaan Simple Wireless Switch ini :

1. Pasang plug lampu pada soket.
2. Sambungkan soket pada dinding rumah.
3. Pasangka plug pada soket yang telah siap dipasang.
4. Gunakan 'remote' untuk mengawal buka / tutup lampu.

Kelebihan

Antara kelebihan Simple Wireless Switch ialah :

i.Kos murah.
  • Barang dan komponen elektronik boleh diperolehi dengan harga yang rendah serta mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.
ii. Mudah dikawal dan menjimatkan masa.
  • Simple Wireless Switch mudah dikawal dimana pengguna hanya perlu memetik suis samada ingin menutup atau membuka lampu walaupun berada pada jarak yang jauh. Oleh itu, apabila pengguna berada di sesuatu tempat, pengguna tidak perlu ke suis utama untuk menutup atau membuka lampu. Ini sekaligus dapat menjimatkan masa dan memudahkan pengguna.
iii. Berkeupayaan bekerja dalam jarak 60 kaki (Signal boleh menembusi dinding).
  • Simple Wireless Switch ini boleh dikawal dalam jarak lebih kurang 60 kaki. Pengguna juga boleh mengawal suis walaupun berada di tingkat bawah ataupun berada di luar bilik / rumah.
iv. Mudah dibawa dan digunakan.
  • Simple Wireless Switch ini boleh dibawa ke mana-mana sahaja dan mudah dialih dari satu tempat ke tempat yang lain.
v. Mudah dipasang.
  • Perlu hanya perlu memasang plug kepada soket sahaja dan tidak perlu memasang komponen-komopnen yang lain. Ini memudahkan pengguna untuk memasangnya kerana ia adalah pengetahuan asas dan tidak perlu mempelajari secara lebih mendalam tentang cara pemasangannya.
vi. Sesuai untuk golongan kurang upaya.
  • Suis ini tidak dilekatkan di dinding dan boleh dibawa ke mana sahaja. Jadi, ini secara tidak langsung akan memudahkan golongan kurang upaya seperti orang tua ataupun mereka yang kurang sempurna untuk mengawal suis di tempat mereka berada sahaja. Ini kerana, mereka hanya perlu menekan suis samada ingin mematikan atau menghidupkan lampu.

Kelemahan

Antara kelemahan Simple Wireless Switch ini ialah :

i. Hanya boleh mengawal satu lampu.


ii. Terbatas kepada jarak 60 kaki.


iii. Komponen yang mudah rosak.

Kekangan

Sepanjang proses pembangunan projek Simple Wireless Switch ini, terdapat beberapa kekangan yang telah dikenalpasti iaitu: i. Kurang pengalaman dalam bidang elektrik dan elektronik bagi memasang dan memateri litar yang diperlukan. ii. Alatan yang diperlukan tidak mencukupi dan tidak disediakan oleh pihak Universiti. iii. Komponen-komponen elektronik sukar didapati di Tanjung Malim dan terrpaksa ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan komponen elektronik.

Kesimpulan

Pembangunan projek Simple Wireless Switch ini memerlukan kemahiran yang mendalam dalam bidang elektrik dan elektronik bagi memasang litar supaya dapat berfungsi dengan baik. Oleh itu, pengetahuan dalam bidang elektrik dan elektronik amat membantu kami untuk menyiapkan litar yang diperlukan. Malahan, semasa memateri litar juga, kami perlu lakukan dengan penuh ketelitian kerana komponen-komponen yang kecil sangat sensitif dan mudah rosak. Selain itu, banyak cabaran yang terpaksa kami tempuhi bagi menyiapkan projek ini termasuklah masalah yang terdapat pada litar, mentol terbakar dan sebagainya.