i.Kos murah.
- Barang dan komponen elektronik boleh diperolehi dengan harga yang rendah serta mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.
- Simple Wireless Switch mudah dikawal dimana pengguna hanya perlu memetik suis samada ingin menutup atau membuka lampu walaupun berada pada jarak yang jauh. Oleh itu, apabila pengguna berada di sesuatu tempat, pengguna tidak perlu ke suis utama untuk menutup atau membuka lampu. Ini sekaligus dapat menjimatkan masa dan memudahkan pengguna.
- Simple Wireless Switch ini boleh dikawal dalam jarak lebih kurang 60 kaki. Pengguna juga boleh mengawal suis walaupun berada di tingkat bawah ataupun berada di luar bilik / rumah.
- Simple Wireless Switch ini boleh dibawa ke mana-mana sahaja dan mudah dialih dari satu tempat ke tempat yang lain.
- Perlu hanya perlu memasang plug kepada soket sahaja dan tidak perlu memasang komponen-komopnen yang lain. Ini memudahkan pengguna untuk memasangnya kerana ia adalah pengetahuan asas dan tidak perlu mempelajari secara lebih mendalam tentang cara pemasangannya.
- Suis ini tidak dilekatkan di dinding dan boleh dibawa ke mana sahaja. Jadi, ini secara tidak langsung akan memudahkan golongan kurang upaya seperti orang tua ataupun mereka yang kurang sempurna untuk mengawal suis di tempat mereka berada sahaja. Ini kerana, mereka hanya perlu menekan suis samada ingin mematikan atau menghidupkan lampu.
No comments:
Post a Comment